Ikhlas menurut Khairu al-Nassaj- oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

December 2, 2009 by highereducationinmalaysia

 

muka surat 92 Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

‘Amal seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT melainkan dilakukan dengan ikhlas.’

Pasangan yang tidak beriman

November 25, 2009 by highereducationinmalaysia

Setiap mukmin berdoa agar mendapat teman hidup yang beriman. Tetapi Allah SWT menduga anda  dengan memberikan anda pasangan yang tidak beriman. Adakah anda insan tidak bernasib baik lagi malang? Lupakah anda isteri Firaun iaitu Saidatina Asiah Muzahim  iaitu antara 4 wanita terkemuka lagi utama di Syurga  bersuamikan seburuk-buruk manusia yang dilaknat Allah SWT!!!! Ingat biar anda sengsara di dunia tapi tetap bahagia di akhirat.

Lagha wa La’ibun dunia

November 23, 2009 by highereducationinmalaysia

Jalan ke syurga penuh kepahitan, Jalan ke neraka penuh kenikmatan, jangan mudah tertipu lagi tergoda dengan lagha dan la’ibun dunia.

Ya Tuhanku, aku lapar sehari dan kenyang sehari-Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

November 19, 2009 by highereducationinmalaysia

Muka surat 88 Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

“ Apabila Nabi SAW diberi pilihan sama ada menjadi nabi yang menjadi raja atau nabi yang menjadi hamba Allah, lantas jawab Rasulullah SAW:

 Ya Tuhanku, aku lapar sehari dan kenyang sehari. Bila aku lapar aku merendah diri dan memohon kepada-Mu. Sebaliknya bila aku kenyang aku bersyukur kepada-Mu.”

Ambillah semua duniamu dan biarkanlah: Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

November 18, 2009 by highereducationinmalaysia

muka surat 152 Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

“Ambillah semua duniamu dan biarkanlah,

Hatiku merdeka, bebas dan terasing,

Sesungguhnya aku orang yang paling kaya antara kalian,

Walaupun kalian meninggalkanku sendiri tanpa mempunyai apa-apa.”

Sesungguhnya manusia itu miskin: Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

November 17, 2009 by highereducationinmalaysia

Muka surat 151-152 Syarah Al-Hikam terjemahan dan syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

“Sesungguhnya manusia itu miskin. Apakah manusia itu mengira bahawa kalau dia sudah memiliki wang berjuta-juta atau pelbagai istana, rumah serba mewah, teman-teman yang ramai, dia telah memiliki dunianya? Dia tidak mengetahui bahawa kecukupan dan kekayaan itu menetap di dalam hati, tatkala hati itu hidup bersama iman.”

Selamat Berbahagia Yasmin Norhazleena

November 10, 2009 by highereducationinmalaysia

Embrace and enjoy your new life, turn a new leaf, smile, be happy. Allah loves you, remember that.

Aku bahagia menjadi mangsa sihir

November 5, 2009 by highereducationinmalaysia

Aku bahagia menjadi mangsa sihir dan sakit teruk

Sebab aku sakit teruk akibat sihirlah aku berzikir menyebut nama Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw

Kerana sihir aku dihina, dicemuh, didera, dicerca, dianiaya

Sebab aku sakit teruk kerana sihirlah aku tak berani ingkar kepada Allah dalam sedar (contoh aku tak sanggup menipu markah di USIM walaupun aku dipaksa oleh Prof Abdul Samat Musa)

Sudah jatuh ditimpa tangga lalu dipijak (To make it more dramatic, I translate it as: I fell down on a shit and was forced to eat the shit)

Semoga Allah mengampunkan dosaku dan memberiku ganjaran atas penderitaanku menjadi mangsa sihir.

Kepada semua yang aku zalimi dengan sengaja dan tidak sengaja, aku mohon maaf, aku sudah menderita azab sihir sekian lama……Anggaplah aku tidak wujud…..

Taqwa bukan tokua

November 4, 2009 by highereducationinmalaysia

Tokua adalah tauhu yang enak dimakan setelah digaul dengan garam kunyit dan digoreng.Taqwa bermaksud  rasa takut, gerun, hormat dan kasih terhadap Allah.

Ciri orang yang bertaqwa

November 4, 2009 by highereducationinmalaysia

Setiapa kali berdamping dengan orang yang bertaqwa anda berasa tenang dan dia mendorong anda untuk lebih taat, kasih dan redha terhadap Allah Subhana Wa Taala . Orang yang bertaqwa adalah inspirasi kepada orang yang kurang taqwa untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah Subhana Wa Taala dan redha dengan Qadha dan Qadar.