Ciri-ciri wali Syaitan

Mengetahui perkara ghaib & menilai serta menghukum orang berdasarkan ilmu batin mereka.Persoalannya siapakah dan apakah sumber maklumat mereka? Allah Subhana Wa Taala? Syaitan? Jin? Khadam?

Rasulullah SAW tidak menghukum berdasarkan ilmu ghaib Baginda.Fahkum Bizzawahir WAllahu Yatawalla Bissarair.

Membuat anda rasa serba tak kena & rendah diri dengan menyatakan bahawa anda manusia tidak sempurna kerana anda mewarisi saka ataupun anda telah disihir

Mengaku bahawa dia boleh merawat dan menyembuhkan anda

Memberikan kepada anda amalan-amalan tertentu (sebenarnya itulah pengikat anda dengan wali syaitan tersebut selagi anda mengamalkan amalan tersebut)

Hanya mahu anda bergantung kepadanya, apa anda buat semua tak kena

Tidak membenarkan anda berkawan dengan ulama yang berguru dengan ulama mu’tabar

Berpura-pura membenci anda dan menyatakan anda menyusahkannya sedangkan dia selalu berusaha secara batil agar anda mendampinginya

Tidak mengikut syariat, tidak bersembahyang

Mengaku berjumpa nabi Khidir as

Mengaku berjumpa Rasulullah saw

Tidak mengikut akhlak Rasulullah saw tetapi mengaku berjumpa dengan Rasulullah saw

Tags:


%d bloggers like this: