Akhlak Perawat Perubatan Islam

Meskipun mangsa sihir sakit /dirasuk jin, ini tidak bermakna mangsa sihir tidak mendalami Islam atau bertaqarub dengan Allah. Terdapat pelbagai perangai perawat Perubatan Islam. Ada yang mengambil kesempatan menggoda dan mengganggu pesakit secara halus. Ada yang bertaqwa lagi beriman dan menjadi mangkin perubahan ke arah kebaikan (secara positif) kepada  mangsa sihir dan ada juga perawat yang angkuh, bongkak,perasan serba hebat, judgmental, condescending,menghina mangsa sihir/pesakit. Kalau dengan Firaun pun Allah suruh Nabi Musa & Nabi Harun cakap elok-elok, takkanlah dengan mangsa sihir, perawat tak boleh cakap elok-elok? Ni perasan beriman, menghina mangsa sihir mengenakan prasyarat “Kalau nak berubat dengan saya, anti kena buang sifat dendam anti”. Wahai Ustaz2Takabbur, kalau anta bertakwa, orang yang jahat pun bertukar jadi baik.  Janganlah treat mangsa sihir macam syaitan. Kebanyakan mangsa sihir berusaha mendekati Allah, mungkin di dunia anta cemuh dan hina mereka tapi mana tahu di akhirat nasib mereka gemilang di sisi Allah Subhana Wa Taala.

Anda semua memang hebat, saya sendiri tak tahu apa dalam hati saya, anda boleh tahu apa dalam hati saya, anda dengan beraninya sanggup fitnah kata saya ada niat buruk. Kalau macam ni baik lah aku berubat sendiri dengan bermunajat pada Allah SWT, biar aku mampus pun, aku takkan dengan nama Allah SWT jumpa kau orang semua lagi. Aku hanya orang awam, hina lagi daif, kamu semua maqam tinggi, insan terpilih, khawwasulkhawwas, suci, bersih lagi maksum.Tapi aku akan terus mohon Allah swt supaya temukan aku dengan perawat2 yang bertaqwa.Kamu mencemar kesucian Islam dengan akhlak buruk kamu.

Sekarang aku faham kenapa kau orang pandang aku semacam, biarlah Allah swt jadi hakim.Kita berjumpa di akhirat nanti.

Tags:


%d bloggers like this: