Saya mempunyai pandangan berbeza dengan pilihan juara semalam
Saya berpendapat saudara Hizbur mempunyai aura ketulusan & keikhlasan
Menang atau tidak, beliau kelihatan redha dan bersifat qanaah
Juara atau tidak, beliaulah juara sebenar kerana keperibadian beliau yang tinggi
Kasihnya pada isterinya tampak jelas
Bacaan Quran Hizbur serta ucapannya menusuk kalbu
Tetapi beliau kurang mahir bermain retorik dalam soalan minda secara impromptu yang memerlukan hujah bernas
Mungkin beliau harus lebih banyak bergaul dengan munafiq yang pandai berhujah dan berpura-pura soleh (tak perlu Saudara Hizbur)
Saudara Hizbur mampu membuat orang Islam meningkatkan ibadah kerana beliau kelihatan ikhlas kepada Allah
Nikmat ibadah dan kebahagiaan beragama Islam terpancar di wajahnya
Ini kelebihan yang Allah kurniakan pada beliau
Tags: Imam Muda