Perawat yang hebat

Perawat yang hebat tidak menggunakan keganasan

keganasan di sini bermaksud mencekik pesakit, memicit tangan, kaki pesakit wanita

Perawat adalah lelaki, pesakit adalah wanita yang lebih lemah dari segi kekuatan fizikal

Ada perawat yang nak belasah habis-habisan jin dalam badan pesakit

yang jadi mangsa keadaan adalah pesakit itu sendiri

saya tak boleh bangun 3 hari lepas berubat kena cekik

yang jadi mangsa anak-anak saya sebab saya tak boleh bangun tiga hari

saya nampak sendiri seorang perawat menggunakan kekerasan pada ibu yang baru 3 bulan bersalin

Tapi dengan saya perawat tu kurang menggunakan kekerasan sebab saya menangis tak tahan sakit

Ibu tersebut memberitahu saya lepas berubat dengan perawat tersebut kuku jari kakinya pecah dan dia sakit badan selama sebulan

Yang jadi mangsa ialah bayinya kerana ibunya sakit-sakit selama sebulan

Para perawat janganlah anggap menolong kami para ibu ibarat melepaskan anjing tersepit

Cuma gunalah hikmah bila merawat

Memang ada jin dalam badan kami

Kami pun tak rela dirasuk jin sebab tulah kami berikhtiar untuk berubat

Tapi apa hal berubat sampai tak boleh bangun beberapa hari dan tak dapat menjaga anak-anak kami?

Ya Allah tolonglah hambamu untuk menghalau jin dalam badan saya

Amin Ya Rabbal Alamin

Perawat macam Fauzi Mustaffa sentuh pesakit bukan muhrim di kaki , jari tangan

Aku tak suka kau sentuh aku

Tapi kau boleh kata jin dalam badan aku yang tak suka kau sentuh

Sebab aku tahu hukum syarak lah bahlul!!!

Sebab aku tahu haram kau sentuh aku

Kalau berubat tak mengapa ke sentuh-sentuh pesakit bukan muhrim???

Mana kau belajar??????????????

How do you draw the line between the necessity to touch and taking advantage?????

siap urut-urut lagi

What Nonsense!!!!!!!!!!!!!!


%d bloggers like this: