Penipuan syaitan dalam rawatan sihir

Saya mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang rawatan sihir

Beliau menyatakan ada pesakit Islam yang rasa lega bila berubat dengan bomoh tok pekong (kafir)

Ustaz Kazim menerangkan rasa lega ini adalah penipuan jin

Jin dalam badan pesakit dan jin milik tok pekong kowtim tak kacau pesakit buat sementara waktu untuk memperdaya pesakit bahawa rawatan bersama bomoh tok pekong tersebut adalah berkesan

Ketika saya berusia 21 tahun saya tidak dapat menilai sama ada perawat mengikut syarak atau menggunakan jin

Kerana terlampau sakit akibat gangguan jin saya pergi berubat merata tempat

Mana orang kata bagus saya pergi

Saya tak dapat menilai sama ada perawat guna jin atau tidak

Kesannya perawat yang terpesong melepaskan jinnya dalam badan saya

Bukan semakin sembuh dapat bala lagi ada

Tak ada beban batu digalas

Bomoh pelepaih hak dia

Dah banyak kali saya tertipu dengan perawat yang menggunakan penunduk, jin jahat

Sekarang saya hanya berubat dengan perawat yang mengikut hukum syarak

Itupun saya tapis dan teliti akhlak perawat

Yang kasar lagi biadap saya takkan jumpa

Cukuplah sekali

Jangan tertipu dengan perawat terpesong bela jin

Mintalah pertolongan Allah agar diketemukan dengan perawat yang soleh

Sebaik-baiknya rawatlah diri anda sendiri dengan berselawat, membaca Quran dan bermunajat kepada Allah Subhana Wa Taala


%d bloggers like this: