Datuk Haji Khusrin ketika menjadi Pengarah JAIS enggan memberi surat cerai padaku….Ya Allah tolonglah Aku!!!

From: Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi <khusrin@jais.gov.my>
To: yasmin noor
Sent: Tue, April 7, 2009 11:23:02 AM
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

wkumsalam. kes  penceraian perlu diselesaikan dimahkamah. kedua pihak yang terlibat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan kes dan peranan peguam yang mewakili puan dan bekas suami juga penting supayan kes tidak tertangguh. ini merupakan prosidur mahkamah yang terletak diluar bidang kuasa jais. walau bagaimana pun jika puan ada masalah dengan peguam , jais ada menyediakan peguam untuk membantu puan (jika Layak). puan boleh berhubung  dengan bahagian guaman syarei di tingkat 4 untuk bantuan selanjutnya. sekian. 
—– Original Message —–
From: “yasmin noor”
To: “Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi” <khusrin@jais.gov.my>
Cc: sidek@pmo.gov.my, khalid@selangor.gov.my, niknazmi@selangor.gov.my, mdsharizal@islam.gov.my, menteri@islam.gov.my, ppm@pmo.gov.my
Sent: Friday, April 3, 2009 9:06:00 PM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

Askm
Tuan, oleh kerana Jais tidak dapat membantu orang Islam warga Selangor seperti saya, pihak berwajib manakah yang boleh membantu saya?

Saya diberitahu oleh Puan Aida Melly (dimana bekas suaminya telah membuat rayuan keatas cerai takliknya) bahawa pihak Jaislah yang mengeluarkan surat cerai. Berdasarkan kepada fakta tersebut saya ingin memohon surat cerai dari JAIS kerana saya telah difasakhkan pada tahun 2007.Mohon bantuan Tuan agar JAIS dapat mengeluarkan surat cerai kepada saya pada kadar yang segera.

Saya lampirkan di sini keratan-keratan akhbar menyatakan bahawa pihak Jais mengeluarkan surat cerai, rayuan tidak boleh dibuat terhadap cerai yang diputuskan mahkamah dan kes cerai tidak boleh berlarutan.
Terima kasih.

From: Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi <khusrin@jais.gov.my>
To: yasmin noor
Sent: Friday, April 3, 2009 4:50:15 PM
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

wkumsalam. minta maaf kerana lewat menjawap. untuk makluman puan kes kes penceraian yang telah difail dan dibicarakan dimahkamah adalah dibawah urusan mahkamah syariah. untuk makluman puan juga mahkamah syariah adalah satu entiti yang bukan dibawah kawalan jabatan agama islam selangor. saya simpati dengan masalah puan tapi jais tidak dapat membantu.
—– Original Message —–
From: “yasmin noor” 
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: sidek@pmo.gov.my
Sent: Wednesday, March 25, 2009 12:49:36 PM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

Tuan

Saya ingin menyatakan dukacita/ my disappointment kerana Tuan tidak mengambil peduli langsung aduan saya.

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: tam@bpa.jpm.my ; sidek@pmo.gov.my
Sent: Wednesday, March 4, 2009 9:22:51 AM
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

Sila beri tunjuk sebab kenapa Tuan tidak menjawab aduan saya.

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor 
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: ali@jais.gov.my
Sent: Thursday, February 5, 2009 8:48:14 AM
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

— On Tue, 1/27/09, yasmin noor  wrote:

From: yasmin noor 
Subject: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: ali@jais.gov.my
Date: Tuesday, January 27, 2009, 7:42 AM

Askm Dato
Saya Yasmin Norhazleena Bahari Bt Md Noor menetap di Selangor. Saya telah memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah pada tahun 2000. Saya telah difasakhkan oleh Mahkamah tersebut pada tahun 2007. However my ex husband appealed against the divorce and the case is on going at Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Saya mohon intervention Dato mengambil iktibar daripada kes Aida Melly Tan Mutalib yang berlanjutan selama 7 tahun. Kes saya adalah lebih lama iaitu 9 tahun. Saya memohon bantuan Dato utk memuktamadkan kes ini kerana saya tidak bebas dan ibarat dingantung tak bertali oleh proses mahkamah yang lama.
Terima kasih.


%d bloggers like this: