Malang menjadi warga Selangor

Malang sungguh nasibku menjadi Warga Selangor

Aku sudah mohon bantuan Sultan Selangor pada tahun 2009, Menteri Pembangunan Wanita, Pengarah JAIS, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir) dan Menteri Besar Selangor .

Sampai hari ini aku masih tidak mendapat surat ceraiku.

Aku memohon fasakh pada tahun 2000, Aku mendapat fasakh pada tahun 2007, Namun disebabkan rayuan pihak defendan dibenarkan oleh pihak berwajib yang tidak prihatin dengan derita yang kutanggung maka sampai hari ini, selepas hampir sebelas tahun memohon cerai, aku masih lagi tidak mendapat surat cerai.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung, Aku mohon pertolonganMu Ya Allah…..Aku Yakin KepadaMu Ya Allah. Allah tidak akan sekali-kali menghampakan doaku kerana aku sering mengingatkan diriku untuk mengingati Allah…Setiap kali aku alpa, Allah menyedarkanku…..


%d bloggers like this: