Ustaz Hipokrit Lulusan Al Azhar

Aku buka rancangan tv ‘Tanyalah Ustaz’
Ustaz Hipokrit ini berceramah tentang adab dan akhlak bulan Ramadhan
Menyampah aku tengok hipokrit ini
Hipokrit ini melamar aku menjadi isteri KEDUANYA dengan syarat-syarat berikut
1. Berkahwin menurut syarak sahaja tanpa perlu mematuhi Enakmen/Akta Syariah
2. Perkahwinan dirahsiakan
3. Dia tidak akan menanggung nafkah zahir.
4. Dia tidak mahu anak.

Saya jawab Ustaz ni dengan menyatakan “Saya nak kahwin dengan orang yang beriman sahaja”. Ustaz perasan ni menjawab pula “Saya beriman”.

Oh no, akhlak kau tidak mencerminkan akhlak lelaki beriman.

Wow!!! Nafkah Batin nak tapi tak mahu bagi nafkah zahir. Ustaz Hipokrit ni tak habis belajar “cara Rasulullah berpoligami” agaknya. Tulis buku pasal nikah kahwin , takkan tak tahu tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri tak kiralah isteri pertama ke isteri kedua ke.

Takut bini pertama tahu pula tu maklumlah isteri pertama doktor pakar….

Kau carilah perempuan yang terdesak lagi tidak berakal yang sanggup menerima lamaran perkahwinan kau tu!!!!!!


%d bloggers like this: