Kenapa Ibu Tunggal Beragama Islam (bukan saya) terpaksa menerima bantuan gereja kristian? Kerana Pihak berwajib tidak peduli!

———- Forwarded message ———-
From: yasmin norhazleena
Date: Wed, 13 Jul 2011 15:43:10 +0800
Subject: Permohonan bantuan dan Surat Pn Norain Fwd: Kenyataan Denyzman Md Noor Bahari Bayar bill
To: callcentre

Assalamualaikum
Saya merujuk kepada surat Pn Norain bertarikh 3 Mei 2011, terima kasih
kerana sudi membalas surat saya
Namun sudah 3 bulan saya membuat permohonan di pusat zakat Bandar Baru
Ampang tanpa apa-apa maklum balas. Saya terpaksa membuat pinjaman
dengan saudara saya untuk menampung kehidupan.

Mohon beri maklum balas permohonan saya pada kadar yang segera. Adakah
saya tidak layak menerima zakat, sekiranya ya sila nyatakan supaya
saya tidak mengharap menanti bantuan pihak Zakat.

Merujuk kepada surat Pn Norain menyebut tentang kemanisan iman izinkan
saya nyatakan di sini, kemiskinan boleh menjuruskan kepada kekufuran.
Terima kasih.

(Penjelasanku: Saya tidak memohon bantuan sebarang gereja/orang bukan Islam kerana saya yakin Allah Subhana Wa Taala akan membantu saya. Kenapa saya mohon bantuan Lembaga Zakat Selangor? Kerana Lembaga Zakat Selangor wajib membantu fakir miskin. Saya tidak bekerja selama 2 tahun, dianiaya semata-mata kerana saya menegakkan kebenaran.Namun Allah Subhana Wa Taala sentiasa memberikan saya kebahagiaan dan kasihNya. I just want to highlight in this post that the enemies of Muslims are non-pious Muslims themselves. Yang buat naya pada saya SELAMA INI adalah orang-orang Islam bukan orang Bukan Islam. Ramai umat Islam Zaman Sekarang mencintai dunia, tidak bertakwa kepada Allah Subhana Wa Taala. Yang Wajib melaksanakan amanah, tidak amanah dan bersifat hati kering).


%d bloggers like this: