Perginya sheikh berakhlak mulia pada malam Jumaat

Perginya sheikh berakhlak mulia pada malam Jumaat
Bertemu Pencipta ArRahman
AlMumit
Syeikh ini merendah diri meskipun putera raja
Ketika saya mengambil baiah dengan Sheikh ini saya terus jatuh pengsan
Saya diberitahu bahawa Sheikh dan para jemaah terpaksa memangku saya kerana saya mula tidak sedarkan diri
Selamat tinggal Sheikh yang budiman
AlFatihah

Hayat saya dengan tariqat sheikh tidak lama, saya mengambil keputusan meninggalkan tariqat ini kerana saya mengalami peristiwa memeningkan kepala iaitu:

1. ketika baiah dengan sheikh saya ternampak benda  ghaib.
2. Ketika mengamalkan zikir tariqat ini saya ternampak benda  ghaib.

Saya juga mendapati terdapat beberapa ahli tariqat ini yang taksub dengan alam ghaib.

Meskipun saya boleh melihat alam ghaib dengan izin Allah, saya amat tidak selesa. Justeru saya mengambil keputusan meninggalkan tariqat Sheikh meskipun sheikh berbudi bahasa dan merendah diri.

Tujuan memasuki tariqat ialah untuk sampai kepada Allahu zhu Rahmah, mencapai makrifatullah dengan bimbingan sheikh yang murshid, bukan untuk melihat alam ghaib yang memeningkan kepala dan boleh menjerumus seseorang menjadi sesat, ujub, perasan hebat.
Tiada apa yang hebat kalau boleh melihat alam ghaib, ayam boleh nampak malaikat, anjing boleh nampak syaitan.


%d bloggers like this: