“Si Pengarah” dalam keluarga disfungsi- terjemahan karya Deborah J Hill Crisis in the classroom

Satu ciri keluarga yang gagal berfungsi dengan sempurna (dysfunctional) ialah ahli-ahli keluarga pincang ini hidup sebagai satu sistem. Ia bukannya menjadi satu keluarga yang membolehkan setiap ahli keluarga menjadi individu yang dihargai dalam satu kumpulan, sebaliknya, ahli-ahli keluarga pincang ini memainkan peranan-peranan dan tugas-tugas tertentu. Pemimpin keluarga pincang ini digelar “Si Pengarah”. Dialah sebenarnya yang memerintah dan mengarah keluarga ini. Mungkin dia ganas atau suka memerintah dan mengawal atau mempergunakan ahli-ahli keluarganya dengan licik melalui penggunaan pengaruh atau cara-cara yang tidak adil bagi memaksa setiap anggota keluarganya memainkan peranan masing-masing. Bila mana “Si Pengarah” adalah seseorang yang gagal berfungsi dengan sempurna, anggota keluarganya menjadi pemudahcara iaitu fasilitator yang memudahkan “Si Pengarah” menghidupkan peranannya (mengarah, menguasai dan menundukkan semua orang). Sebagai contoh, sekiranya “Si Pengarah” adalah seorang Kaki Botol, ahli-ahli keluarganya memainkan peranan masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri untuk memudahkan “Si Pengarah” menonggang arak. Seorang anak memainkan peranannya sebagai “Pencetus” kemarahan “Si Pengarah” yang seterusnya menjadikan cetusan ini sebagai alasan yang kukuh untuk minum arak sampai mabuk. Seorang anak yang lain pula memainkan peranan seorang “Pemaaf” untuk memastikan keluarga itu tetap beroperasi (biarpun tidak aman kerana “Si Pengarah” sering mabuk lalu menjadi ganas) meskipun renjatan emosi/trauma lantaran keganasan “Si Pengarah” berlaku berulang kali.

Crisis and the Classroom : A Practical Guide for Teachers
(Paperback)
By Hill, Deborah J.

Publisher : Charles C Thomas Pub Ltd
Published Date : 2003/03
ISBN : 9780398073633


%d bloggers like this: