Kalau aku tidak susah maka

Kalau aku tidak susah maka…

kemungkinan besar aku tidak mohon pertolongan Allah Subhana Wa Taala

Mungkin aku tidak mahu ambil tahu nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza Wa Jalla

Mungkin aku tidak akan membaca AlQuran sampai khatam

Mungkin aku akan berhenti berzikir

Mungkin aku tidak berselawat memuji Rasulullah saw

Kemungkinan besar aku akan lupa pada Allah Subhana Wa Taala, mengejar dunia meskipun rezeki makhluk dijamin Allah Subhana Wa Taala

Mungkin aku akan melanggar perintah Allah

Mungkin aku akan lupa bahawa aku akan mati dan bertemu Allah Subhana wa Taala

Bila aku susah

aku ingat pada Allah Subhana Wa Taala

aku mohon bantuan Allah Subhana Wa Taala

aku baca Quran

aku berzikir

aku selawat

Syukur kepada Allah Maha Pengasih membuatkan aku susah supaya aku kembali kepadaNya meskipun aku belum berumur 40 tahun


%d bloggers like this: