Merawat diri mengatasi sihir: Istiqamah membaca al Quran dan Zikir

Istiqamah  membaca al Quran dan Zikir adalah penting dalam merawat diri sendiri

Jangan putus asa daripada rahmat Allah Subhana Wa Taala

Sekiranya anda mengamuk selepas membaca Al Quran dan Zikir, teruskan membaca Al Quran dan Zikir

Sekiranya ketika anda membaca ayat-ayat Ruqyah, anda mengalami sesak nafas, jantung anda berdegup kencang, kepala anda bergegar, mulut anda herot, anak mata anda naik ke atas,  badan menjadi panas atau kebas, kepala terasa bisa, jangan panik, teruskan membaca ayat-ayat  Ruqyah.

Selagi Allah Azza Wa Jalla belum menjemput anda ke alam abadi, teruskan merawat diri sendiri

Jangan rasa rendah diri bila “perawat Islam tidak bertaqwa” menghina anda dirasuk jin, iblis serta memfitnah anda

Perawat bertaqwa tak akan menghina pesakit

Pesakit menderita akibat dizalimi dan perawat yang menghina pesakit termasuk dalam golongan tidak berperikemanusiaan dan tidak bertaqwa

Kalau anda mati dalam keadaan masih ada jin jahat dalam badan anda sekalipun, Allah Maha Mengetahui anda telah berusaha merawat diri anda sendiri

Anda mati sebagai orang yang dizalimi

Bersyukurlah kepada Allah Subhana Wa Taala kerana Allah Al ‘Aleem telah mengizinkan sihir berlaku kepada anda supaya anda lebih mendekatkan diri kepada Allah Dzul Jalaalil wa Ikram dengan membaca al Quran dan berzikir


%d bloggers like this: