Perawat rawatan Islam yang zuhud

Cuba selidik kos rawatan yang dikenakan perawat  ada yang kenakan RM100 (air ruqyah, limau) , ada yang sampai RM200 sekali rawatan.

Ya saya tahu perawat kena cari makan dan mereka bukan kebajikan masyarakat  namun saya telah berjumpa dengan perawat yang zuhud seperti Baba Aziz, Ustaz Razai dan Habib Ali Redha maka saya menghormati perawat yang zuhud.

Pada muka surat 113 buku Pengantar Perubatan Islam (terbitan Koperasi Darussyifa’) Dr Haron Din menyatakan, “…mengelakkan daripada mengenakan upah terhadap pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan sebolehnya mengelakkan daripada mengambil dan menerima apa yang diberikan kepada kita agar yang demikian itu akan memberi manfaat terhadap jampi yang telah dibacakan itu.”


%d bloggers like this: