Apa anda harus buat sebelum berjumpa perawat rawatan Islam!

Sebelum berjumpa perawat rawatan Islam

Anda harus muhasabah diri anda

1. Adakah anda sembahyang wajib 5 waktu pada waktu yang ditetapkan?

2. Adakah anda membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat Al Quran setiap hari?

3. Adakah anda mematuhi hukum syara yang wajib anda patuhi?

4. Adakah anda berusaha mendekati Allah Subhana Wa Taala?

5. Dalam sehari semalam anda berjaga, berapa kerapkah anda menyebut nama Allah Subhana Wa Taala?

6. Dalam sehari semalam anda berjaga, berapa kerapkah anda berselawat memuji Rasulullah saw?

Anda juga harus memikirkan perkara berikut:

1. Dengan siapa perawat tersebut menuntut ilmu merawat?

2. Sekiranya perawat diwawarkan sebagai kasyaf dan boleh lihat jin dalam badan pesakit, adakah perawat tersebut membela jin, hantu raya, khadam yang melihat bagi pihaknya?

3. Adakah perawat tersebut lebih hebat daripada Syeikh Abdul Qadir Jailani yang diganggu oleh syaitan yang bersuara dari langit mengaku sebagai Allah yang membebaskan Syeikh Abdul Qadir Jailani daripada mematuhi hukum syara’. Syeikh Abdul Qadir Jailani tidak tertipu dengan penipuan syaitan tersebut. Adakah anda pasti perawat anda yang kasyaf itu tidak diperdaya oleh syaitan yang direjam?

4. Adakah perawat tersebut lebih hebat daripada Nabi Musa AS yang tidak tahu mengapa Nabi Khidir AS membunuh seorang kanak-kanak yang akan menyesatkan kedua ibubapanya. Sungguh hebat perawat anda sampai Allah menganugerahkan kepadanya ilmu kasyaf yang tidak diberikan kepada Nabi Musa AS.

5. Kalau seseorang itu kasyaf , dia tidak semestinya beriman dan lebih soleh daripada anda. Anggaplah kelebihan tersebut sebagai ujian Allah Subhana Wa Taala.

Rawatlah diri anda sendiri dengan mendekati Allah Subhana Wa Taala melalui solat wajib, selawat, zikir dan puasa. Jauhilah para munafiqun dan fasiqun yang menangguk di air yang keruh, berpura-pura beriman kepada Allah namun menjauhkan anda daripada Allah Subhana Wa Taala.


%d bloggers like this: