Apa itu anak derhaka? Afiq Muiz anak derhakakah?

Seorang bapa mengadu kepada Rasulullah saw bahawa anaknya menderhaka. Rasulullah saw berjumpa dengan anak tersebut dan bertanyakan perihal dakwaan bapanya bahawa dia adalah anak derhaka.

Anak tersebut menjawab kepada Rasulullah saw, sebelum saya menderhaka terhadap ayah saya, ayah sayalah yang terlebih dahulu menderhaka terhadap saya. Dia telah memberikan saya nama yang tidak baik serta berkahwin dengan wanita yang tidak baik yang melahirkan saya.

Rasulullah saw kemudian berjumpa dengan ayah tersebut dan menyatakan bahawa dia adalah ayah yang menderhaka terhadap anaknya sendiri.

Dalam satu hadis, Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam bersabda, ‛Man la yarham, la yurham’ yang bermaksud ‘Barang siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi’.

Saya berpendapat Utusan Malaysia tidak berlaku ‘adil terhadap Afiq Muiz kerana mengambil keputusan memboikotnya. Media Bahasa Malaysia lebih memuliakan ibu bapa tanpa mengambil kira sama ada ibu bapa tersebut menzalimi anak tersebut.

Buat Afiq Muiz, saya nasihatkan anda supaya menjauhi ibu yang zalim, jangan takut apabila anda diboikot Utusan Malaysia, ingat Allah Maha ‘Adil dan Allah akan melindungi orang yang dizalimi meskipun berpangkat anak.

Ingat, bukan orang yang mencemuh anda yang memberi anda rezeki tapi Allah ArRazaq yang memberi anda rezeki.

Buat Ibu bapa yang zalim, bersedialah menjawab kepada Allah Subhana Wa Taala di akhirat kelak! Di dunia anda mungkin terlepas tapi di akhirat, kita tunggu dan lihat!

Tags: ,


%d bloggers like this: