Kanji/Bubur nasi bersantan

Kanji/Bubur nasi bersantan
——————————-
Bahan A
—————–
1/2 cawan beras
1 bawang besar (hiris halus)
garam secukup rasa
5 cawan air

Bahan B
—————
1 cawan larutan kelapa perah pekat

Bahan C
————————–
Segenggam Lobak asin (hiris halus)
5 ulas bawang kecil (hiris halus)
2 sudu besar minyak

Cara masak
—————–
Baca Bismillah sebelum masak
Beras dibasuh bersih
Masukkan beras dan bahan A yang lain dalam periuk dan masak sehingga mendidih
Apabila mendidih masukkan Bahan B sampai beras hancur menjadi bubur

Dalam kuali berasingan panaskan minyak dari bahan C.
Goreng lobak asin sampai garing, dan angkat.
Goreng pula bawang kecil sampai garing
Masukkan bawang kecil garing itu serta minyak tersebut dalam periuk yang mengandungi bubur/kanji tersebut.
Selepas 2 minit tutup api bubur.

Lobak asin yang digoreng ditabur atas bubur/kanji tersebut.


%d bloggers like this: