Bantuan Tan Sri Ibrahim Lembut Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

 Saya telah memohon fasakh pada tahun 2000, saya hanya mendapat fasakh pada tahun 2007. Namun saya tidak mendapat surat cerai kerana pihak Defendan membuat rayuan. Saya terpaksa melalui sekali lagi proses mahkamah yang menyusahkan saya, ibu tunggal yang menganggur. Pada tahun 2009 saya memohon bantuan berkenaan kes saya daripada : 1.Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom  2. Ketua Pengarah BPA Dr Tam Weng Wah 3. Menteri Pembangunan Wanita Dato Seri Shahrizat Abd Jalil  4. Ketua Pengarah JAIS Dato Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi 5. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim 6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pada tahun 2010 saya mohon bantuan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar. Namun mereka dan Baginda (kecuali Dr Tam) tidak membantu saya langsung. Dr Tam merujuk kes saya kepada pegawainya Hj Samuri yang tidak memberi jawapan  apabila saya memohon jawapan lanjutan berkenaan aduan saya kepada BPA. Haji Samuri hanya diam seribu bahasa tidak memberi jawapan natijah perbincangannya dengan pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Pada Jun 2010 saya mohon bantuan Y.A.A  Tan Sri Ibrahim bin Lembut, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan beliau membantu saya menoktahkan 11 tahun usaha saya mendapatkan cerai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada hari ini (16 Februari 2011) saya menerima keputusan bahawa fasakh saya yang diputuskan oleh Mahkamah pada tahun 2007 adalah sah. Syukur kepada Allah Subhana Wa Taala kerana membuka hati Tan Sri Ibrahim Lembut untuk membantu saya. Semoga Allah Azza Wa Jalla merahmati pertolongan Tan Sri Ibrahim Lembut serta Dr Mohd Naim Mokhtar yang membantu saya. 

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor <yasminnorhazleena@yahoo.com>
To: hawani@esyariah.gov.my
Sent: Tue, June 29, 2010 11:40:22 AM
Subject: Email Penting kepada Y.A.A Tan Sri Ibrahim Lembut berkenaan kes cerai 10 tahun

Assalamualaikum Pn Hawani saya mohon jasa baik Puan menyampaikan email ini kepada Y.A.A Tan Sri Ibrahim Lembut. Terima kasih.

Assalamualaikum Y.A.A Tan Sri Ibrahim Lembut

Saya Yasmin Norhazleena Bahari Bt Md Noor menetap di (alamat saya padamkan dalam wordpress ini). Saya telah memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah (alamat saya padamkan dalam wordpress ini) pada tahun 2000. Saya telah difasakhkan oleh Mahkamah tersebut pada tahun 2007. Walaubagaimanapun bekas suami saya telah membuat rayuan di MT Shah Alam dan Mahkamah tersebut telah membenarkan rayuan. Saya terpaksa melalui perbicaraan semula di Mahkamah Rendah Syariah. Saya berasa amat kecewa kerana kes ini mengambil masa sepuluh tahun dan saya terpaksa pula mencari peguam baru. Saya tidak bekerja sekarang dan terpaksa menyara dua orang anak yang bersekolah dengan nafkah RM500 sebulan. Saya mengambil iktibar daripada kes Aida Melly Tan Mutalib yang berlanjutan selama 7 tahun dan memohon pertolongan Y.A.A Tan Sri memuktamadkan kes saya ini.  Kes saya adalah lebih lama daripada kes Aida Melly iaitu 10 tahun. Saya memohon bantuan  Y.A.A Tan Sri  untuk campur tangan menoktahkan kes ini kerana saya tidak bebas dan ibarat digantung tak bertali oleh proses mahkamah yang lama. Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Oktober tahun lepas tapi tiada maklum balas.

Saya mohon belas ihsan serta bantuan YAA Tan Sri untuk menamatkan kemelut ini. Terima kasih.

Saya boleh dihubungi pada: (saya padamkan dalam wordpress ini) telefon bimbit: (saya padamkan dalam wordpress ini) di alamat (alamat saya padamkan dalam wordpress ini).

Yang benar

Yasmin Norhazleena Bahari

From: yasminnorhazleena@yahoo.com <yasminnorhazleena@yahoo.com>
Subject: Fw: Maklum balas kes cerai berlanjutan 9 tahun
To: shahrizat@kpwkm.gov.my, menteri@islam.gov.my
Cc: dsbi@kpwkm.gov.my, ghani@kpwkm.gov.my, roses@kpwkm.gov.my, ahmadshahrul@hmetro.com.my
Date: Friday, May 29, 2009, 1:42 PM

Askm Dato
Saya Yasmin Norhazleena Bahari Bt Md Noor menetap di (alamat saya padamkan dalam wordpress ini). Saya telah memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah (alamat saya padamkan dalam wordpress ini) pada tahun 2000. Saya telah difasakhkan oleh Mahkamah tersebut pada tahun 2007. However my ex husband appealed against the divorce and the case is on going at Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Saya mohon intervention Dato mengambil iktibar daripada kes Aida Melly Tan Mutalib yang berlanjutan selama 7 tahun. Kes saya adalah lebih lama iaitu 9 tahun. Saya memohon bantuan Dato utk memuktamadkan kes ini kerana saya tidak bebas dan ibarat dingantung tak bertali oleh proses mahkamah yang lama.
Terima kasih. — On Tue, 4/7/09, Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi wrote:
From: Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun
To: “yasmin noor”
Date: Tuesday, April 7, 2009, 11:23 AMwkumsalam. kes  penceraian perlu diselesaikan dimahkamah. kedua pihak yang terlibat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan kes dan peranan peguam yang mewakili puan dan bekas suami juga penting supayan kes tidak tertangguh. ini merupakan prosidur mahkamah yang terletak diluar bidang kuasa jais. walau bagaimana pun jika puan ada masalah dengan peguam , jais ada menyediakan peguam untuk membantu puan (jika Layak). puan boleh berhubung  dengan bahagian guaman syarei di tingkat 4 untuk bantuan selanjutnya. sekian. 
—– Original Message —–
From: “yasmin noor” <yasminnorhazleena@yahoo.com>
To: “Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi” <khusrin@jais.gov.my>
Cc: sidek@pmo.gov.my, khalid@selangor.gov.my, niknazmi@selangor.gov.my, mdsharizal@islam.gov.my, menteri@islam.gov.my, ppm@pmo.gov.my
Sent: Friday, April 3, 2009 9:06:00 PM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahunAskm
Tuan, oleh kerana Jais tidak dapat membantu orang Islam warga Selangor seperti saya, pihak berwajib manakah yang boleh membantu saya?

Saya diberitahu oleh Puan Aida Melly (dimana bekas suaminya telah membuat rayuan keatas cerai takliknya) bahawa pihak Jaislah yang mengeluarkan surat cerai. Berdasarkan kepada fakta tersebut saya ingin memohon surat cerai dari JAIS kerana saya telah difasakhkan pada tahun 2007.Mohon bantuan Tuan agar JAIS dapat mengeluarkan surat cerai kepada saya pada kadar yang segera.

Saya lampirkan di sini keratan-keratan akhbar menyatakan bahawa pihak Jais mengeluarkan surat cerai, rayuan tidak boleh dibuat terhadap cerai yang diputuskan mahkamah dan kes cerai tidak boleh berlarutan.
Terima kasih.

From: Hj.Mohammed Khusrin b. Hj. Munawi <khusrin@jais.gov.my>
To: yasmin noor <yasminnorhazleena@yahoo.com>
Sent: Friday, April 3, 2009 4:50:15 PM
Subject: Re: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

wkumsalam. minta maaf kerana lewat menjawap. untuk makluman puan kes kes penceraian yang telah difail dan dibicarakan dimahkamah adalah dibawah urusan mahkamah syariah. untuk makluman puan juga mahkamah syariah adalah satu entiti yang bukan dibawah kawalan jabatan agama islam selangor. saya simpati dengan masalah puan tapi jais tidak dapat membantu.
—– Original Message —–
From: “yasmin noor” < yasminnorhazleena@yahoo.com >
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: sidek@pmo.gov.my
Sent: Wednesday, March 25, 2009 12:49:36 PM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

Tuan

Saya ingin menyatakan dukacita/ my disappointment kerana Tuan tidak mengambil peduli langsung aduan saya.

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor < yasminnorhazleena@yahoo.com >
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: tam@bpa.jpm.my ; sidek@pmo.gov.my
Sent: Wednesday, March 4, 2009 9:22:51 AM
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

Sila beri tunjuk sebab kenapa Tuan tidak menjawab aduan saya.

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor < yasminnorhazleena@yahoo.com >
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: ali@jais.gov.my
Sent: Thursday, February 5, 2009 8:48:14 AM
Subject: Fw: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun

— On Tue, 1/27/09, yasmin noor < yasminnorhazleena@yahoo.com > wrote:

From: yasmin noor < yasminnorhazleena@yahoo.com >
Subject: Kes cerai berlanjutan selama 9 tahun
To: khusrin@jais.gov.my
Cc: ali@jais.gov.my
Date: Tuesday, January 27, 2009, 7:42 AM

Askm Dato
Saya Yasmin Norhazleena Bahari Bt Md Noor menetap di (alamat saya padamkan dalam wordpress ini). Saya telah memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah (alamat saya padamkan dalam wordpress ini) pada tahun 2000. Saya telah difasakhkan oleh Mahkamah tersebut pada tahun 2007. However my ex husband appealed against the divorce and the case is on going at Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Saya mohon intervention Dato mengambil iktibar daripada kes Aida Melly Tan Mutalib yang berlanjutan selama 7 tahun. Kes saya adalah lebih lama iaitu 9 tahun. Saya memohon bantuan Dato utk memuktamadkan kes ini kerana saya tidak bebas dan ibarat dingantung tak bertali oleh proses mahkamah yang lama.
Terima kasih.

— On Fri, 5/29/09, yasminnorhazleena@yahoo.com <yasminnorhazleena@yahoo.com> wrote:
From: yasminnorhazleena@yahoo.com <yasminnorhazleena@yahoo.com>
Subject: Fw: Maklum balas kes cerai berlanjutan 9 tahun
To: menteri@islam.gov.my
Cc: ahmadshahrul@hmetro.com.my
Date: Friday, May 29, 2009, 1:27 PM

Datuk

merujuk kepada kenyataan Datuk ‘Bukan salah Mahkamah Syariah’, saya terpaksa menunggu selama tujuh tahun sebelum mendapat fasakh. Apabila mendapat fasakh, mahkamah menggantung pula surat cerai saya kerana bekas suami membuat rayuan, jadi kes saya masih tidak selesai sejak tahun 2000. Ini adalah suatu ketidakadilan bagi saya kerana saya telah mohon cerai sejak tahun 2000 lagi.

Bukan salah Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR 28 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kelemahan pentadbiran mahkamah sebagai punca kepada kes penceraian secara fasakh, banyak tertunggak di Mahkamah Syariah.

Namun, pada masa sama, beliau mengakui masih terdapat ruang bagi Mahkamah Syariah untuk memantapkan lagi pentadbiran mereka agar semua kes yang dirujuk dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Katanya, sebab utama yang menyebabkan banyak kes penceraian tertunggak adalah berpunca daripada masalah plaintif, defendan ataupun peguam.

“Kebiasaannya kalau melibatkan kes penceraian, mahkamah akan mendengarnya dalam tempoh 21 hari dengan syarat mendapat kerjasama daripada pasangan.

“Apa yang menjadi masalah adalah sikap sambil lewa sama ada suami atau isteri yang hendak bercerai sehingga menyebabkan mahkamah terpaksa melanjutkan sesi perbicaraan,” katanya.

Terdahulu, Jamil Khir merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2008 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan seorang wanita seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini yang terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun bagi mengetahui status tuntutan fasakhnya.

Jelasnya, dalam kes wanita tersebut, kelewatan itu berpunca daripada kegagalan pihak plaintif dan defendan untuk merujuk kes mereka ke Mahkamah Syariah.

“Saya dimaklumkan, dalam kes itu, pasangan yang ingin bercerai ini telah bermasalah lama tetapi selepas sembilan tahun baru melaporkan kepada mahkamah.

“Sebelum ini mereka hanya membuat laporan polis serta bertindak merujuk kes tuntutan fasakh yang dibuat kepada pihak lain,” jelasnya.

Tambah Jamil Khir, 60 peratus daripada kes-kes penceraian yang didaftarkan di mahkamah berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Sementara itu, mengulas mengenai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jamil Khir berkata, kecemerlangan yang ditunjukkan oleh kakitangan MAIWP perlu dicontohi oleh jabatan agama islam negeri yang lain.

Tegasnya, setiap kakitangan jabatan agama Islam perlu menyemai sikap keikhlasan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Sempena majlis itu, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan MAIWP menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 138 lagi menerima sijil penghargaan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta sijil penghargaan.

— On Tue, 4/7/09, yasmin noor <yasminnorhazleena@yahoo.com> wrote:
From: yasmin noor <yasminnorhazleena@yahoo.com>
Subject: Fw: Maklum balas kes cerai berlanjutan 9 tahun
To: samuri@bpa.jpm.my
Cc: mdsharizal@islam.gov.my, menteri@islam.gov.my, khalid@selangor.gov.my, nik_nazmi@selangor.gov.my
Date: Tuesday, April 7, 2009, 4:44 PM

Tuan mohon maklum balas pada kadar yang segera. tk.

—– Forwarded Message —-
From: yasmin noor <yasminnorhazleena@yahoo.com>
To: Ahmad Samuri bin Hj. Mohd Dahlan <samuri@bpa.jpm.my>
Cc: menteri@islam.gov.my; nik_nazmi@selangor.gov.my; khalid@selangor.gov.my
Sent: Wednesday, April 1, 2009 10:06:11 AM
Subject: Maklum balas kes cerai berlanjutan 9 tahun

Askm tuan Hj

Ana cuba telefon Tuan 2 kali hari ini. Ana mohon maklumbalas Tn Hj rundingan Tn Hj. Terima kasih kerana bercakap dengan sy dengan berhemah.

 


%d bloggers like this: