Akhlaq mulia Habib ‘Ali Abu Bakr Salim

Saya dan 2 orang gadis berjumpa dengan Habib ‘Ali Abu Bakr Salim berkenaan dengan amalan untuk menghalau jin.

Habib ‘Ali Abu Bakr Salim meskipun baru selesai memberi tausiah dan baru tiba dari Kedah, belum makan tengah hari, telah mendengar masalah kami dengan sabar dengan bantuan terjemahan Ustaz Iqbal.

Habib ‘Ali Abu Bakr Salim dan Ustaz Iqbal menulis dalam buku kami amalan yang perlu diamalkan.

Habib ‘Ali Abu Bakr Salim , seorang zuhud, meskipun seorang ‘aleem besar di Yaman, begitu tawadhu dan memuliakan kami yang menyatakan kepadanya masalah kami.

Habib ‘Ali Abu Bakr Salim, a pleasant, humble, fatherly ‘aleem.

Habib ‘Ali Abu Bakr Salim melakukan apa yang diperintah Allah ‘Azza Wa Jalla dalam ayat 215 Surah As Shu’ara’ yang diterjemahkan sebagai “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu daripada orang yang beriman.”

Al Hijr: 88 (15:88)
La tamuddanna AAaynayka ila ma mattaAAna bihi azwajan minhum wala tahzan AAalayhim waikhfid janahaka lilmumineena
Strain not thine eyes. (Wistfully) at what We have bestowed on certain classes of them, nor grieve over them: but lower thy wing (in gentleness) to the believers.
Janganlah tertarik pandanganmu kepada ni’mat kesenangan yang Kami berikan kepada beberapa golongan antara mereka dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang yang beriman.

As Shu’ara’:26:215
Waikhfid janahaka limani ittabaAAaka mina almumineena
And lower thy wing to the Believers who follow thee
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu daripada orang yang beriman.


%d bloggers like this: