Berhadapan sheikh yang belajar dan mengajar bersanad

Saya telah menghadiri kuliah Syeikh yang mengajar tadabur Al Quran dan talaqi bersanad sebanyak 4 kali

Pada kali ke 5 menghadiri kuliah Syeikh di masjid saya tak boleh duduk di tengah masjid

Saya mula rasa lemah kemudian saya duduk di belakang masjid bersandar di dinding

Semakin lama Syeikh itu bercakap saya semakin mengantuk lalu tertidur

Saya dinasihati Syeikh tersebut untuk tidak menghadiri kuliahnya buat masa ini kerana saya menjadi lemah ketika menghadiri kelasnya

Saya diberitahu oleh seorang ‘aleem bahawa mangsa sihir biasanya lemah apabila berhadapan dengan ulama yang belajar dan mengajar secara bersanad

Saya teringat ketika saya berbicara dengan seorang Habib dari Yaman

Badan saya terasa bisa ketika berbicara dengannya

Badan saya juga berbisa bila saya menerima ijazah amalan bersanad pendinding dan pembenteng diri daripada seorang ‘aleem lulusan AlAzhar

Apabila saya belajar dengan ulama’ bersanad saya berasa seperti berpaut pada tali yang kukuh.

Tetapi  saya menyaksikan kebiadapan para ulama yang belajar secara bersanad. Orang jahil lebih bersopan daripada para ulama ini.

Habib Ali Abu Bakr Salim adalah seorang ‘aleem yang beradab dan memuliakan tetamu.

Habib Ali Abu Bakr Salim menyuruh saya membaca 50 hingga 170 kali ayat Kursi setiap malam
Bila saya mula baca 10 kali ayat Kursi, saya berasa bisa badan
Bila saya baca ayat Kursi kali ke 20 saya terpaksa berbaring dan berguling kerana tak tahan sakit
Bila saya baca ayat Kursi kali ke 50 saya jadi kuat dan bertenaga
Hebatnya pertolongan Allah Subhana wa Ta’ala
Hikmah penderitaan saya ini menyebabkan saya menyedari keagungan kalam Allah Subhana Wa Ta’ala (ayat-ayat suci Al Quran) dalam membantu saya merawat diri sendiri mengubat sihir.

Masha Allah la quwwata illa Billah (Ayat 39 Surah Al Kahf)


%d bloggers like this: